Alhamdulillah tadi pagi cuaca cerah kat Shah alam, sebelum aku tgk project
D' Pulze di cyberjaya aku sempat singgah SACC, tak de lar awal sangat dalam pukul 11pg. Memang aku dah planning nak pi tgk
expo hartanah Shah alam nie. Lepas daftar aku terus masuk dalam bilik pameran PKNS. Ramai jugak orang, tanpa membuang mase aku terus tanye staff dia mengenai apartment project kat shah alam, info yang aku dapat PKNS ada perancangan nk bina apartment kat seksyen 7 sebelah Kristal Height, kalau tak salah nama new project nie Kristal View. emm macam biase kalau kat shah alam nie mesti leasehold. Aku just tinggalkan nama dan contact untuk majlis pelancaran tu.
Lepas zuhor baru aku gerak ke Cyberjaya. Sekali lagi khidmat nokia 5800 xp garmin map tidak mengecewakan, berpandukan Terminal bus Cyberjaya aku sampai juga ke projek
D' Pulze. waktu tu aku sorang sahaja bumiputera yang tiba. Dasyat juga bangsa lain nie, beli rumah mahal2 macam beli
goreng pisang kueh,cemburu betul aku, habis semua tempat yang strategik disapu, harga yang tinggal paling kurang dalam RM269k (studio). Exclusive package termasuk free legal fee on SPA, Free 1 car park, furnished with Air-cond, light & toilet fittings, High speed Broadband ready.
Sebab kenapa projek
D' Pulze hot kerana first development with entertaiment hub (cinema,spa etc), strategik berdekatan dengan Terminal bus, sebelah Wisma Nouvelle milik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya yang diangarkan bernilai 20juta tu.
developer untuk
D' Pulze ialah : Dpulze Ventures Sdn Bhd
(881494-T)
dan selain dari itu advantage projek ini :
- Freehold
- anggaran sewa RM1.6k. kalau fully finish boleh dapat RM2k.
- easy access via KL Maju Express,LDP & Elite.
- 25 min to KLCC, 20 min KLIA, 15 min Subang Jaya.
- Excellent view Putrajaya skyline.
- Large student & knowledge worker population.
disadvantage:
- tak de diskaun bumiputera 7%
- comercial land
- deposit RM5k (ssh tk de cash )
Jadi kesimpulannya Projek ini memang berbaloi untuk investment return. terutama bagi mereka yang mempunyai cash RM20 - RM30k.